Selasa, 2009 Oktober 06

Pinggang oh meragam

Sangat sukar untuk tidur ketika memulas-mulas. Lantas terfikir beberapa hal dalam kehidupan. Seharusnya awal-awal harus disampaikan, bahawa berfikir secara antropologikal tentang kehidupan, sebahagiannya tidak seiring dengan fikir kefalsafahan.

Saya menerawang dengan mengagak-agak, apakah yang dilakukan oleh rakyat Tanah Malaya seusia saya selain membuta, bersetubuh, bersengkang mata - apakah agaknya gaya hidup mereka?

Kepala mereka hanya berfikir tentang kerjaya kah? Keluarga kah? Perkahwinan kah? Kereta kah? Barang besar kah? Atau kehidupan seluruhnya kah?

Ketika usia saya yang beberapa tahun lagi akan mencecah 30 ini, saya tidak mempunyai budaya dan pemikiran seperti kebanyakan rakan seusia. Saya tidak begitu mempedulikan kerjaya, saya tidak ambil endah soal perkahwinan,saya tidak peduli tentang lesen memandu, saya tidak peduli tentang apa yang banyak orang suka ambil pusing - kecuali wanita seksi.

Kenapa?

Saya fikir, pemikiran kebanyakan itu adalah budaya lazim - yang lahir dari kehendak-kehendak manusia secara kolektif. Bila sudah ramai mengejar perkara-perkara begitu, ia jadi dominan. Bukankah yang dominan itu popular, popular itu yang menjadi ikutan?

Dan kehendak itu, satu sifat. Sifat yang besar.

Apabila kita semakin berahi kepada sesuatu, kita akan semakin hilang berahi pada kebanyakan yang lain. Dan bila kita sangat berahi padanya, kita rela bekorban banyak perkara untuknya.

Jadi, soal saya pada diri, pada apakah yang wajar kita berahi? Lesen memandu yang memaksa tubuh mungil gadis dimamah dalam motokarkah? Isteri yang semakin kerepot dan berlemak-lemakkah? Batang besar yang bila ejakulasi layu semulakah? Wang jutaan yang tidak mampu membeli penawar sakaratul maut kah?

Hahahahaha! Huruf F! Saya tak kata tolak segala hendak itu.

Segala yang nyata - jasad, jirim, fizikal, zahir apa jua pun yang bertubuh itu penyata lah mangkuk!

Lembu selembu kepala lembu bila kita kejar yang zahir tanpa fahami yang batin, serupa lembulah! Memanglah mahu wanita, tetapi bukan buah dadanya semata - sifat penyayang (Rahim) pada buah dada itulah!

Selasa, 2009 Jun 23

Pandanglah lihatlah pinggang ku yang ramping

Tanah Malaya ini ada satu kehebatan yang tiada tolok bandingnya. Kopi.

Di bumi ini ada berjenis-jenis kopi yang enak - Mocha, Cappucino, Latte, Arabican dan banyak lagi. Yang tidak ada di tempat lain, tetapi ada di sini - Kopi Cap Kapal Api, Taiping, Batu Pahat, Kemaman dan bermacam-macam lagi. Masing-masing ada aroma yang tersendiri.

Yang lebih hebat ialah, berjenis-jenis kopi yang lain - banyaknya kopi untuk ber uh ah uh ah lebih lama, menghidupkan burung yang mati, merapatkan daging yang jauh terpisah, membekalkan tenaga yang luar biasa dan macam-macam lagi jenis kopi khusus untuk perbuatan-perbuatan sedap itu.

Nah!

Apa yang galak sangat kopi-kopi jenis ini begitu laris di pasaran? Walhal, dulu, sebelum kopi jenis ghairah ini diperkenalkan, tok nenek kita dulu ada belasan anak, bahkan tidak ganjil kalau ada cecah puluhan.

Hari ini jumlah anak dalam satu keluarga patriokal tidaklah semacam dulu. Tetapi buah pinggang kita berkodi-kodi menghadam kopi ghairah ini.

Untuk apakah? Sekadar mengecap nikmat melagukan uh ah uh ah atau meningkatkan kadar kelahiran?

Ada iklan-iklan kopi sebegini yang menampilkan pakcik-pakcik, ooppss, atuk-atuk yang baru mahu tumbuh gigi sebagai model. Ini seolah-olah memberi harapan kepada mereka yang sebaya, yang kononnya memiliki burung yang layu, agar terubat dengan meminum kopi ini.

Persoalannya, burung ini nak terbang masuk ke mana? Isterinya yang hampir sebaya itukah? Tidak logik. Air pelincir sudah tiada. Lainlah kalau ada isteri yang jauh lebih muda.

Saya berasa hairan dan agak runsing juga. Ini belum lagi iklan, sepanduk, kain rentang yang bersepah di pinggir-pinggir jalan yang tertera "UBAT KUAT UNTUK LELAKI". Yang dalam akhbar-akhbar itu juga. Kalau kita teliti, cukup banyak iklan berkaitan dengan produk persetubuhan.

Lain kali kita cerita lagi. Memang seronok bercerita tentang ini.

Ini antara yang saya fikirkan sambil-sambil minum kopi yang tidak ghairah. Saya punya... errr... maaflah. Kamu tak setanding saya.

Jumaat, 2009 Jun 12

You sayang I, I sayang You (kalau You sexy)

Dan sebenarnya ku mengharap di sebalik senyuman mu itu... Kau juga...

Ewah. Terasa seperti menjadi seorang Yuna. Terima kasih kerana memuji. Dan terima kasih kerana tidak mengeji sikap normal saya.

Emosi ini agak terganggu berikutan berita terbaru kelab Manchester United. Apa pun ia tidak ada kena-mengena dengan kamu yang menyokong Carlsberg. Ngok.

Emosi ini sekali lagi terusik apabila saya terpandang seekor kucing gemuk yang berbulu lebat serta bereekor rimbun di sini. Oh ya. Saya suka membelai kucing. Kenapa? Sebab ia kelihatan menghargai belaian saya.

Tetapi saya memang tidak suka sejenis haiwan yang berupa buaya. Dan mustahil untuk saya mendekatinya, memperlakukannya seperti seekor kucing. Sebab saya tahu, buaya itu akan lebih menghargai rezeki berupa sup tulang yang saya sedekahkan.

Oh ya, kamu sudi membelai Kronteroteng? Haiwan itulah.

Nah, kamu pasti tertanya-tanya, jenis haiwan luar tabii apakah itu. Kamu juga pasti tidak ada jawapan untuk membelai atau tidak, suka atau benci, bahkan tiada perasaan pada haiwan itu.

Sebab kamu tidak kenal! Berbeza dengan kucing dan buaya tadi, kedua-duanya haiwan yang lazim - maka kamu tahu perasaan ke atasnya.

Kamu pasti tidak kenal Pak Rusti yang tinggal di ceruk Kampung Paya Aur itu, maka apakah yang boleh kamu kritik ke atas beliau? Ketimbang kamu kenal bekas PM kita, yang hari-hari mulut busuk kamu mengkritik beliau.

Inilah antara sebab kenapa kamu harus kenal. Bila kamu kenal, maka kamu ada perasaan - suka atau tidak. Cinta atau benci.

Kamu kalau kenal kucing dengan lebih mendalam - kamu tahu bahawa memijak ekornya, kucing yang jinak tadi akan menjadi garang. Kalau kamu kenal buaya dengan lebih mendalam - kamu tahu ia boleh dibelai jika kamu beri makan dari kecil.

Inilah juga kenapa kamu harus kenal dengan mendalam - bukan separa, sekerat-kerat - barulah kamu akan merasai perasaan yang sebenar ke atasnya.

Misalnya, jika kamu rasa saya meloyakan kamu sebab kamu kenal saya melalui tulisan, marilah berdating - nescaya kamu berselera sebab saya sangat romantik.

Sebab itulah kamu harus 'mendalami sesuatu perkenalan' agar kamu akan menemui perasaan sebenar dan tindakan yang tepat ke atas apa yang kamu kenal itu.

Kita ini cukup gemar meletakkan perasaan dan tindakan yang salah - sebab kita hanya membuat penilaian berdasarkan sekerat-kerat yang kita tahu (kenal).

Eloklah kita kenal diri terlebih dahulu.

Khamis, 2009 Jun 11

Sabar itu subur

Peluh menitik-nitik.

Terima kasih.

Selasa, 2009 Mei 26

Alif Ba Ta, Pak Aji mata buta

Oh ya. Baru-baru ini saya ke Selatan Tanah Malaya dan singgah ke satu tempat yang menjual produk kraftangan. Saya cekau dua alat muzik yang berupa rekoder buluh. Harganya cuma RM4. Maka dengan itu, saya cuba-cuba bermain:


Lagunya berjudul Siul 4 Ringgit. Hahahaha! Saya jadi gian meniupnya. Video di atas sebenarnya nak menayangkan baju Ronnie James Dio yang dibeli di Ipoh.

Sememangnya muzik sesuatu mengasyikkan. Saya membesar sebagai remaja dengan irama dari Barat. Banyak genre yang saya cuba dengari. Apakala usia saya sudah bertatih ke alam remaja tua seperti kini - galaknya sudah tidak seperti dulu.

Hari ini, yang melekat banyaknya berirama Rock - Led Zeppelin, Rainbow, Steppenwolf, Uriah Heep, Iron Maiden, Helloween, Black Sabbath dan baris sepertinya, selain Yuna. Sememangnya Barat cukup berkuasa dalam mempengaruhi hidup harian kita.

(ii)

Dan tadi, sahabat lama yang sudah begitu lama tidak bertemu datang ke rumah. Beliau mengkhabarkan majlis perkahwinannya - tiba-tiba saya terfikir perbualan petang hari dengan rakan serumah tentang perkahwinan.

Cerita yang klise dan sudah berulang kali saya tulis - perkahwinan, saya kata, kalaulah berkahwin nanti dan disuruh bersanding, saya mahu pakai kostum koboi. Macho beb! Tunjuk pistol atas pelamin.

Bila orang kata saya gila atau tak tahu berbudaya, saya akan jawab - amalan persandingan, berinai, tepung tawar, berpelamin ini semuanya datang dari mana? Ini pun budaya tiru-tiruan, budaya Hindu.

Kami berbincang tentang menerapkan amalan baru dalam majlis perkahwinan.

Stone Cold: "Baik kau pakai kostum Superman"

Karam: "Aku nak pakai macam Darth Vader. Orang pakai keris, aku pakai light saber"

Mangkuk!

Isnin, 2009 Mei 25

Allah selamatkan Ismet Ulam Raja...

Selain daripada keputusan mahkamah yang kontroversi itu, yang menampakkan betapa reaksi tidak matang ditunjukkan oleh mereka yang kuat berpolitik - rupa-rupanya ada sesuatu yang matang telah muncul. Lihat video di bawah ini.


Saya lambat mengenali gadis moderate ini. Tetapi beliau merupakan harapan untuk mematangkan industri muzik Tanah Malaya. Budaya yang ada kini tampak liar, tetapi si Yuna ini membawa budaya baru. Gadis moderate Melayu berimej bersih, handal bergitar dan menggubah lagu, suara berkelas antarabangsa dan jauh daripada budaya muzik popular yang sangat stereotaip, kapitalistik dan kurang kreatif itu.

Saya memang penggemar muzik dan memang celupar dengan budaya muzik popular kita.

Yuna ini memang wajar dipuji dan menjadi isteri saya. Terima kasih kerana memberi sinar hidup kepada saya.

Ada lagi yang menarik tentang Yuna. Beliau bakal mengubah budaya popular kita. Sewajarnya beliau diangkat sebagai guru budaya di kalangan artis. Untuk itu, abang rela berusaha.

Kita boleh bertemu ramai pemuzik dan penyanyi yang handal. Kita juga boleh bertemu dengan mereka yang berimej unik dan berkelas. Kita juga boleh bertemu dengan mereka yang sangat kreatif dan bijak. Tetapi sukar untuk menemui kesemuanya pada seorang.

M Nasir, P Ramlee, Ramli Sarip, Kopratasa, Butterfinger, Aru, Adlin Aman Ramli, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, Khalid Salleh, Yasmin Ahmad - ini antara baris genius tempatan bagi saya. Harapnya Yuna adalah lapis mereka yang berikutnya.

Oh ya, tadi saya main bowling dan berjaya memungut 144 mata. Tahniah. Mata tertinggi sepanjang hidup. Sesiapa ada berani? Syaratnya, gunakan House Ball.

Selasa, 2009 Mei 19

Sekilas ikan di kali, boleh tahu jantan betina

Biasalah. Selalu benar kita mengingini sesuatu. Tetapi, apabila sudah mendapatnya, senang-senang kita melepaskannya. Bak kata pepatah, Bagai aur dengan tebing.

Memang pepatah ini tiada kaitan langsung.

Kalaulah kita sering memerhati diari hidup diri, memikirkannya lantas membuat rumusan, pasti kita akan bertemu dengan rasa malu. Yalah, terasa seperti lembu. Membodohkan diri. Antaranya:

1. Kita sering meminta, tetapi apabila sudah dapat, sering pula kita abaikan.

2. Kita tahu hidup ini sementara dan tahu juga apa yang boleh dibawa masuk makam, tetapi kita beria-ia mencari benda yang mustahil boleh ditanam bersama-sama jasad kita - tanpa sibuk memikir benda yang harus dibawa bersama.

3. Kita tahu sesuatu yang boleh membinasakan, tetapi kita mahu lakukan. Kemudian menyesal, kemudian mengulanginya semula.

4. Kita kadang-kadang mengeluh tidak ada masa, tetapi seringkali membuangnya ketika memilikinya.

5. Kita tidak suka orang menyakiti kita, tetapi kita seringkali menyakiti orang. Cuma adalah juga sakit yang menyedapkan. Itu tiada kaitan.

6. Kita selalu meremehkan orang lain, berasa diri hebat, walhal orang lain itu jauh lebih hebat. Apatah lagi yang lain itu sebenarnya merendah diri atau memendamnya.

7. Mulut kita bising tentang kesilapan orang lain, tetapi diberi peluang pada kita, boleh tahan macam sampah. Bak kata pepatah kampung saya, please, walk the talk.

Saya bukanlah Fadzilah Kamsah atau Detektif Conan, ataupun penulis buku-buku motivasi PTS, tetapi 7 yang tersenarai di atas adalah apa yang saya terperasan pada fajar hari ini. Yang 7 itu pun bukan diari saya.

Saya hebat. Jangan banyak tanya.

Ahad, 2009 Mei 17

Janda berhias ialah janda yang masih dara

Hahahahahahaha! Maka bernestalah mereka-mereka yang tidak menyokong Alex Ferguson. Padan muka kamu semua yang tidak menyebelahi pasukan bola kegemaran saya.

Adapun, saya ini akan muncul pada saat-saat genting. Misalnya saat ini.

Saya tergugah dek kemunculan virus ngeri yang datang dari Mexico itu. Apakah sebabnya kita dihantar penyakit ini?

Antaranya ialah, inilah saatnya untuk rakyat Tanah Malaya bertenang dan meredakan ketegangan politik yang keterlaluan. Eloklah Pak-pak Politikus, baik yang serban seberkas mahu pun yang berkeris itu saling mesra-bermesra seketika. Kerusi MB, mahu pun Speaker tak dapat di bawa sekali ke dalam makam tuan-tuan.

Maka dengan itu, jagalah kami si jelata ini yang kemaruk dengan ketenangan. Bukan jaga ego masing-masing. Sebab kalau kamu kata kamu yang betul, yang satu lagi juga akan mengaku dia yang betul. Sudahnya, bertembung tak sudah.

Sementara itu, jika kamu tidak begitu ambil pusing dengan krisis politikal semasa, kamu harus belajar menjadi sensitif dan peka.

Kurangkanlah berbual tentang betapa besarnya burung kamu atau berapa banyaknya lipatan lemak di perut kamu. Belajar-belajarlah berfikir tentang nasib orang lain.

Di sini saya ada satu petua.

Apabila kita ada rasa empatik, sensitif dan cakna pada kepayahan orang lain, maka secara automatik kita payah hendak merasakan yang diri sendiri ini, punyai rasa derita.

Ukuran senang dan susah itu tidak sistematik - ia sangat bergantung pada relativiti si penilainya. Apakah itu relativiti? Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, berat mata memandang, kita tak tahu berat bahu yang memikul.

Seperti kita rasa derita melihat Bilal bin Rabah dihempap batu besar, entahkah beliau sedang asyik dalam nikmat ketauhidan!

Khamis, 2009 April 09

Senangnya dalam hati kalau beristeri dua

Saya masih jauh dari kediaman dan belum bercadang untuk pulang dalam masa terdekat ini. Kehidupan saya pastilah menyukarkan isteri. Mujurlah belum beristeri.

Tanah Malaya pastilah sedikit aman setelah misteri bukit dan batang sudah terungkai.

Saya di sini amatlah merindui ciuman dua anak saudara saya. Ciuman kamu juga. Itupun kalau kamu jelita.

Apa pun, saya sangat berpeluh. Ia begitu seksi. Peluh ini datangnya daripada kepanasan. Kepanasan ini datangnya dari haba. Haba yang datang dari suhu persekitaran yang hangat, dicampur dengan rasa amarah, pastilah cukup menyeksakan.

Lalu saya tidak berbaju. Ia kelihatan lebih seksi.

Masakan saya tidak marah, rakyat Tanah Malaya cukup mudah diperdaya. Bukannya susah mahu mempengaruhi pemikiran rakyat kita. Lambung-lambungkanlah perasaan, gelodakkanlah emosi, nescaya rakyat kita pada saat berperasaan itu cukup mudah untuk dihasut.

Saya juga ketika ini mudah dihasut dan diperdaya.

Pada saat amarah ini, nyatakanlah kebenaran - walau benar sekali pun, kalau ia tidak senada dengan emosi kita, nescaya kita menentangnya habis-habisan. Sebaliknya, cuba kita sogokkan dengan hal yang palsu, tetapi senada dengan emosi kita - pastilah semakin akrab kita dengan kenyataan palsu itu.

Saya tidak mahu memberi contoh. Kamu wajar memikirkannya sendiri.

Ada pula di kalangan kita yang mudah taksub dengan manusia yang lain. Nyatakanlah apa jua perkara benar mengenainya - tetapi yang tidak menyebelahinya - nescaya akan dianggap fitnah. Berbeda dengan manusia yang kita tidak menyokongnya - fitnah mengenai dirinya itu mudah sekali dipegang sebagai kebenaran.

Rupa-rupanya, inilah yang menyebabkan rakyat Tanah Malaya, khususnya yang mengucap salam dan bertarannum Al-Quran - amat mudah untuk dipecah belah. Oppss, biar lebih jelas. Rakyat Tanah Malaya yang mengucap dua kalimah syahadah (beragama Islam).

Sebab sekarang ini pun yang tidak mengucap dua kalimah syahadah juga gemar memberi salam dan bertarannum Al-Quran.

Khamis, 2009 April 02

Air pasang dalam... Dalam apa?

Saya memang lancang mulut dan kata-kata, walaupun seorang yang bergaya. Maka dengan kenyataan ini, wajarlah saya dakwa - rakyat Tanah Malaya belum cukup kuat anti-kolonialnya.

Apakah kita lupa 1 April 1946 merupakan hari yang menampakkan nasib Tanah Malaya, nyaris-nyaris terjelopok ke tangan kolonial yang anti insitusi raja dan agama - melalui Malayan Union? Dan ketika itu juga, hampir seluruh lelaki Tanah Malaya melilit kain putih pada songkok sebagai tanda protes terhadapnya!

Hari ini (1 April) rakyat Tanah Malaya menyambut Hari Bodoh April. Memang membodohkan apabila kita diperbodohkan oleh kebodohan keraian Hari Bodoh April.

Saya tidak bodoh sebab saya tidak merayakannya. Seperti biasa tuan pengarang pastilah mengaku hebat walaupun telah di... err.. mana ada apa.

Di sini saya mahu sampaikan kepada kamu - lupakanlah Hari Bodoh April. Ia boleh mengundang nestapa pada diri.

Sememangnya ia cukup melembukan. Mujurlah ada kamu yang sudi mendengar celoteh-celoteh saya.

Saya bahagia kerana adanya kamu. Saya nak sebut bahawa kamu adalah pembaca-pembaca yang setia, jujur, tabah, sabar dan cukup memberi inspirasi kepada saya. Saya kagum dengan kamu.

Eleh, April Fooooooooooool!